MALAYSIA TANAH AIR KU |
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat."
R |
ukun Negara telah
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang
ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan
perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama
iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi
kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:
Bahagian Pertama
Menggariskan objektif
masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-
· π Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakat,
· π Memelihara satu cara hidup demokratik,
· πMencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
· πMembentuk satu sikap yang liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
· πMembina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.
Bahagian Kedua
Menggariskan Lima Prinsip
Rukun Negara yang berikut:-
· πKepercayaan Kepada Tuhan
· πKesetiaan Kepada Raja dan Negara
· πKeluhuran Perlembagaan
· πKedaulatan Undang-undang
· π Kesopanan dan Kesusilaan
Maksud Setiap Prinsip
Rukun Negara
Γ Kepercayaan kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Tuhan ialah bangsa dan
negara ini mempunyai kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan
beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.
Kepercayaan kepada Tuhan amat penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana,
ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa
dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.
Γ Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Kesetiaan kepada raja dan Negara adalah
berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang
Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan
Negara bermaksud, setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,
jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Γ Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan adalah menekankan
rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara
ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Perlembagaan Negara
telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Oleh hal yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Ianya juga adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
Γ Kedaulatan Undang - Undang
Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan
undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama taraf di sisi
undang-undang. Selain itu, Kebebasan asasi juga terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan perlembagaan perlu diterima dan
dipertahankan kedaulatannya. Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak dapat
mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang-undang negara dijamin pula
oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman dan
makmur. Hak-hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara seperti mana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara.
Γ Kesopanan dan Kesusilaan
Kesopanan dan kesusilaan menekankan
personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk
warga negara yang bersopan santun dan bersusila. Sikap bersopan santun dan
bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat
yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah
laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
DISEBALIK MAKNA PRINSIP RUKUN
NEGARA
π¨ Rukun
Negara adalah merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos
1970 berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan perpaduan antara
kaum di Malaysia. Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk
perpaduan yang kukuh. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara adalah kunci kepada keharmonian dan perpaduan
kaum di Malaysia.
π¨ Melalui
Rukun Negara, Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup
demokratik, iaitu dengan mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama, menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya serta membina satu masyarakat progresif yang
menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan. Terdapat lima
prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
KESIMPULAN
π¨ Rukun Negara
bukanlah sekadar prinsip yang yang hanya dilafazkan dengan ikrar tetapi ianya
menuntut kesungguhan setiap warganegara untuk menghayati dan mengamalkannya.
Justeru, mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu
tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.
Melalui perpaduan yang kukuh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dan
kestabilan politik dapat dikekalkan dalam sistem pemerintahan negara yang
bercorak demokratik.
PERSOALAN
1. π£ Apakah objektif utama rukun negara ditubuhkan?
2. π£ Mengapakah dasar ekonomi baru [ DEB ] ditubuhkan?
3. π£ Apakah maksud rukun negara?
4. π£ Bilakah rukun negara dibentuk?
5. π£ Mengapakah 5 prinsip rukun negara penting untuk kita?
π¬Sekiranya ada mempunyai soalan yang ingin bertanyakan kepada kami, sila nyatakan di ruang komen di bawah kemudian kami akan menjawabnya ;)
π¬ Jika anda bosan, boleh lah untuk meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan yang dinyatakan di atas pada ruang komen di bawah :0
SEKIAN TERIMA KASIH DARI KAMI,
π NUR AMNIWAFA BINTI AYUB (14DHF20F1013)
πSYAIRAH BINTI ABDUL SAMAD (14DHF20F1007)
πSARA HAZWIN BINTI AZALDIN (14DHF20F1017)
Nama Pensyarah: Tuan Mohd Faizal Bin Mat Pesa